Oleh holly · 18/05/2026 · 0 paparan
11 Mei 2026, Tawau – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah melaksanakan pemeriksaan pematuhan di premis yang ditetapkan (PYDT) melibatkan kilang kelapa sawit (KKS) di daerah Tawau sebagai sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berkala jabatan. Sepanjang operasi pemeriksaan, pegawai penguat kuasa JAS telah meneliti aspek pengurusan buangan terjadual, sistem kawalan pencemaran udara, pengendalian sistem pengolahan efluen, penyelenggaraan peralatan kawalan pencemaran serta semakan rekod dan dokumentasi berkaitan yang diwajibkan di bawah syarat-syarat lesen. Penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berkala oleh Jabatan ini amat penting bagi memastikan premis sentiasa mematuhi keperluan perundangan alam sekitar serta mengurangkan risiko pencemaran terhadap kawasan persekitaran dan komuniti setempat. Orang awam disaran untuk menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan pencemaran alam sekitar melalui saluran rasmi berikut: Talian Bebas Tol: 1-800-88-2727 Portal e-Aduan: [https://eaduan.doe.gov.my](https://eaduan.doe.gov.my) #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_mei2026 #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup