PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT PENGEMASKINIAN HASIL BENGKEL SEMAKAN SEMULA PROSEDUR TETAP OPERASI (PTO) PENGURUSAN NOTIFICATION POLLUTION ALERT (NPE) SUNGAI DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP)

- 18/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENGEMASKINIAN HASIL BENGKEL SEMAKAN SEMULA PROSEDUR TETAP OPERASI (PTO) PENGURUSAN NOTIFICATION POLLUTION ALERT (NPE) SUNGAI DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP)
Tahun
2026
Organisasi
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Bilik Mesyuarat Melur, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, Putrajaya.

Penerangan

Tarikh: 30 April 2026 Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, JAS. Turut hadir ialah wakil Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW), pegawai daripada JAS Negeri Melaka, JAS Negeri Selangor dan JAS Negeri Sembilan, serta pegawai JAS Ibu Pejabat daripada Seksyen Audit Beban Pencemar, Seksyen Perlindungan Air Daratan dan Bahagian Penguatkuasaan. Mesyuarat ini diadakan susulan daripada Bengkel Semakan Semula PTO Pengurusan NPE Sungai yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi meneliti dan mengemaskini hasil perbincangan teknikal berkaitan pengurusan sistem amaran awal pencemaran kualiti air sungai. Perbincangan mesyuarat memberi fokus kepada cadangan penambahbaikan prosedur kerja, pengemaskinian carta alir pengurusan NPE Sungai, semakan nilai ambang (threshold) dan extreme value, serta penetapan tindakan susulan bagi memperkukuh pelaksanaan sistem pengawasan kualiti air sungai secara automatik di bawah EQMP. Mesyuarat ini turut menjadi platform penyelarasan teknikal antara pegawai JAS dalam memastikan keberkesanan sistem amaran awal pencemaran sungai dapat dipertingkatkan secara lebih sistematik, proaktif dan bersepadu selaras dengan keperluan semasa pengurusan kualiti alam sekitar negara.