Koleksi Gambar / Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- BENGKEL SEMAKAN SEMULA PROSEDUR TETAP OPERASI (PTO) PENGURUSAN NOTIFICATION POLLUTION ALERT (NPE) SUNGAI DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Bahagian Air & Marin
- Lokasi
- Bilik Mesyuarat Cempaka, JAS Ibu Pejabat, Putrajaya.
Penerangan
Tarikh: 8 – 10 April 2026
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, JAS. Turut hadir ialah wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), iaitu Encik Mohammad Amin bin Mohd Hanifiah dan Puan Norafiza binti Mohd Yunos, serta Dr. Abdul Rani Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW), bersama pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri dan PSTW.
Sepanjang tiga (3) hari berlangsungnya bengkel ini, tiga (3) sesi pembentangan telah dilaksanakan bagi memberi fokus kepada pemantapan pelaksanaan PTO NPE Sungai di bawah EQMP Edisi Kedua, kawalan pencemaran parameter Nitrogen Ammonia di loji rawatan air, penilaian kualiti air mentah, serta penambahbaikan teknikal melibatkan penentuan nilai ambang (threshold) dan extreme value bagi stesen pengawasan kualiti air sungai secara automatik.
Bengkel ini turut menjadi platform perbincangan teknikal bagi meneliti cadangan penambahbaikan had parameter, proses kerja dan carta alir NPE Sungai. Hasil perbincangan ini diharap dapat memperkukuh keberkesanan sistem amaran awal pencemaran serta meningkatkan keupayaan JAS dalam pengurusan kualiti air sungai secara lebih sistematik, proaktif dan bersepadu.