PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

Mesyuarat Penyelarasan Dalaman JAS Projek River of Life (RoL) Bil. 1/2026

- 18/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Penyelarasan Dalaman JAS Projek River of Life (RoL) Bil. 1/2026
Tahun
2026
Organisasi
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Bilik Mesyuarat Raflesia, JAS Putrajaya

Penerangan

Tarikh: 16 Januari 2026 (Jumaat) Pengerusi: Pengarah Bahagian Air dan Marin Mesyuarat ini diadakan sebagai persediaan strategik Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam mendepani fasa akhir Projek River of Life (RoL). Fokus utama perbincangan adalah mengenai Inisiatif Utama 11 serta memperincikan pelaporan dalam projek tersebut. Antara agenda utama yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah:- • Strategi Pelaporan: Penambahbaikan pelaporan kualiti air mengikut pecahan sungai, merangkumi parameter utama seperti AN, BOD, COD, pH, dan TSS. • Kenalpasti Punca Pencemaran: Pemantauan rapi terhadap punca tetap (point source) dan punca tidak tetap (non-point source) di sepanjang jajaran RoL. • Penguatan Kuasa: Memperkasakan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kelestarian sungai di ibu kota. Mesyuarat ini mencerminkan komitmen jitu JAS dalam memastikan objektif pembersihan sungai di bawah projek RoL berjaya dicapai sepenuhnya.