PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

Lawatan Teknikal ke Stesen Pemantauan Kualiti Air River of Life (RoL)

- 18/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Lawatan Teknikal ke Stesen Pemantauan Kualiti Air River of Life (RoL)
Tahun
2026
Organisasi
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

Tarikh: 12 Januari 2026 (Isnin) Stesen : 2WKLG004 (IK25) Projek River of Life (RoL) merupakan inisiatif ikonik negara dalam mentransformasikan sungai-sungai utama di Kuala Lumpur. Selain pembangunan landskap, fokus utama projek ini adalah meningkatkan kualiti air sungai kepada tahap yang lebih selamat dan kondusif untuk ekosistem bandar serta aktiviti rekreasi. Objektif Lawatan ini bertujuan untuk:- • Meningkatkan kompetensi pegawai DOE mengenai teknologi pemantauan kualiti air secara real-time. • Memahami prosedur persampelan air yang dijalankan mengikut piawaian yang ditetapkan. • Melihat keberkesanan sistem mitigasi pencemaran di bawah fasa akhir projek RoL. Satu sesi penerangan terperinci telah diberikan oleh pihak teknikal Pakar Scieno Sdn Bhd berkaitan metodologi pengambilan sampel air di lapangan. Pegawai didedahkan dengan cara pengendalian peralatan sensor serta parameter penting yang diukur seperti: 1. Indeks Kualiti Air (IKA) 2. Oksigen Terlarut (DO) 3. Kekeruhan (Turbidity) 4. Tahap pH dan Suhu Melalui lawatan ini, warga Jabatan Alam Sekitar dapat memastikan pengurusan sumber air negara terus dipantau dengan teknologi terkini, selaras dengan matlamat RoL untuk menjadikan sungai sebagai aset ekonomi dan warisan alam yang berharga bagi warga kota.