PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

SESI LIBAT URUS: PENYEDIAAN DOKUMEN PENYATA IMPAK PERATURAN (RIS) BIL. 1/2026 BAGI DUA (20 DRAF PERATURAN; 1. PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (KAWALAN PENCEMARAN MINYAK DI LAUT) 20XX 2. PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (KAWALAN PENCEMARAN MINYAK DI LAUT) (PENCARUMAN KEPADA KUMPULAN WANG ALAM SEKELILING

- 18/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS: PENYEDIAAN DOKUMEN PENYATA IMPAK PERATURAN (RIS) BIL. 1/2026 BAGI DUA (20 DRAF PERATURAN; 1. PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (KAWALAN PENCEMARAN MINYAK DI LAUT) 20XX 2. PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (KAWALAN PENCEMARAN MINYAK DI LAUT) (PENCARUMAN KEPADA KUMPULAN WANG ALAM SEKELILING
Tahun
2026
Organisasi
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Hotel De Palma, Ampang

Penerangan

Tujuan utama sesi ini adalah untuk melaksanakan Analisis Impak Peraturan (RIA) dengan menyediakan dokumen RIS yang komprehensif. Dokumen ini merangkumi elemen kritikal seperti: * Pernyataan Masalah & Objektif. * Penilaian Opsyen & Analisis Impak. * Konsultasi Pihak Berkepentingan. * Kesimpulan, Syor, serta Perbandingan Pandangan. Langkah ini bagi memastikan setiap peraturan yang digubal adalah menyeluruh, praktikal, dan berkesan dalam melindungi ekosistem marin. Sesi libat urus ini telah disempurnakan oleh Puan Norina Frederick Sambang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Air dan Marin. Program ini turut dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan dan pemain industri utama, antaranya: * Sektor Korporat & Industri: PETRONAS, PIMMAG, MASA, MOSVA, T.A.G. Marine, Kertih Port, Kuantan Port, Sabah Port, Hengyuan Refining Company, dan Lumut Port. * Agensi Kerajaan: Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan, APMM, LKIM, NREB Sarawak, dan Malaysia Productivity Corporation (MPC). * Pihak Berkuasa Pelabuhan: Lembaga Pelabuhan Kelang, Johor, Kuantan, Kemaman, Sabah, Miri dan Bintulu. Kehadiran pelbagai pihak berkepentingan ini amat penting bagi memastikan input yang inklusif diperolehi sebelum draf di angkat untuk tindakan selanjutnya mengikut proses gubalan undang-undang.