Oleh charlie · 18/05/2026 · 0 paparan
24 April 2026, Bintulu – JAS Cawangan Bintulu yang diketuai oleh Tuan Abdul Mazli Hafiz bin Abdul Malik telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pejabat Ketua Kastam Stesen Bintulu, Tuan Nanang anak Lumpat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bahagian Bintulu. Sesi ini juga disertai oleh agensi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Cawangan Bintulu yang diketuai oleh Encik Franklin Berandah anak Edward Thomas. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara JAS dan JKDM dalam menjalankan penguatkuasaan di Bahagian Bintulu. Semasa sesi kunjungan hormat ini, turut diadakan perbincangan terutamanya melibatkan isu alam sekitar di pelabuhan seperti import eksport e-waste, isu pengurusan buangan terjadual dan pelaksanaan operasi penguatkuasaan secara bersepadu. JAS Cawangan Bintulu amat menghargai kesudian pihak JKDM Bintulu dan NREB Bintulu untuk menerima kunjungan hormat ini. Adalah diharap kerjasama baik antara kesemua agensi yang terlibat dapat diteruskan dalam usaha bersama menjaga alam sekitar.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup