Koleksi Gambar / Aktiviti

Podcast Siri 4: “Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA): Jalinan Komuniti dan JAS”

Oleh suresh · 15/05/2026 · 0 paparan

Pada 24 April 2026, satu siri podcast telah diadakan sempena Sambutan Hari Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Tahun 2026 bertajuk Siri 4: “Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA): Jalinan Komuniti dan JAS”. Podcast ini menampilkan Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik sebagai panel pertama, Encik Mohd. Helmi bin Ahmad sebagai panel kedua dan Encik Zamzul Rizal bin Zulkifli sebagai moderator. Perbincangan dalam siri ini memberi penekanan kepada kepentingan elemen komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) sebagai pemacu utama dalam pengurusan alam sekitar, selain penguatkuasaan undang-undang. Panel menjelaskan bahawa komunikasi berperanan sebagai jambatan antara peraturan dan kefahaman masyarakat, di samping membantu mencegah kesalahan, mengubah tingkah laku serta membina kepercayaan awam terhadap peranan JAS. Konsep CEPA turut dihuraikan sebagai satu pendekatan menyeluruh yang merangkumi komunikasi berkesan, pendidikan berterusan serta peningkatan kesedaran awam bagi mewujudkan perubahan sikap yang mampan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, perbincangan turut menyentuh pelbagai inisiatif JAS dalam memperkasakan kesedaran alam sekitar, termasuk penglibatan golongan muda melalui program Rakan Alam Sekitar (RAS), Anugerah Sekolah Lestari, kempen pengumpulan e-waste serta penggunaan platform digital seperti media sosial, aplikasi MyIPU dan sistem e-Aduan bagi menyampaikan maklumat secara lebih meluas dan interaktif. Pendekatan CEPA juga dilaksanakan secara “glocal” dengan menyesuaikan strategi mengikut latar belakang masyarakat bandar dan luar bandar bagi memastikan mesej yang disampaikan lebih berkesan. Di samping itu, kepentingan jalinan komuniti turut ditekankan sebagai rakan strategik kepada JAS dalam usaha pemantauan dan pelaporan pencemaran alam sekitar. Kerjasama antara JAS, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa tempatan dilihat mampu memperkukuh keberkesanan pengurusan alam sekitar secara menyeluruh. Walaupun kesedaran masyarakat semakin meningkat, cabaran dalam menterjemahkan kesedaran kepada tindakan sebenar masih wujud dan memerlukan pendekatan berterusan, kemudahan yang mudah diakses serta pengiktirafan kepada usaha komuniti. Secara keseluruhannya, podcast ini menekankan bahawa pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, di mana setiap individu memainkan peranan penting melalui amalan harian seperti pengurangan penggunaan plastik, pengurusan sisa dengan betul serta pelaporan aktiviti pencemaran kepada pihak berkuasa. Usaha bersepadu ini diharapkan dapat mewujudkan masyarakat yang lebih peka, bertanggungjawab dan komited dalam memastikan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

Penganjur
Seksyen Audit Penguatkuasaan dan Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah
Lokasi
Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar, Aras 1, JAS Putrajaya
Fail / Media (8)
  • 20261405115829233.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405115837316.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405115948352.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405115955602.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405120002086.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405120009258.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405120015649.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405120022446.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS