Koleksi Gambar / Aktiviti

Podcast Siri 3: “Asap Ekzos: Nafas Segar Atau Racun”

Oleh suresh · 15/05/2026 · 0 paparan

Pada 17 April 2026, satu siri podcast telah diadakan sempena Sambutan Hari Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Tahun 2026 bertajuk Siri 3: “Asap Ekzos: Nafas Segar atau Racun” yang berlangsung di Perpustakaan JAS. Podcast ini menampilkan barisan panel daripada Bahagian Udara iaitu Puan Masnona binti Abdul Aziz sebagai panel pertama dan Ts. Dr. ChM. Anuar bin Ishak sebagai panel kedua, manakala Dr. Ezahtulsyahreen binti Ab Rahman sebagai moderator. Perbincangan dalam siri ini memberi penekanan kepada kepentingan kualiti udara serta kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. Antara fokus utama yang dibincangkan termasuk punca-punca pencemaran udara seperti pelepasan asap daripada kenderaan bermotor, aktiviti perindustrian (pelepasan dari cerobong alat kawalan pencemaran udara) dan pembakaran terbuka. Panel turut menghuraikan konsep “ekzos” yang bukan sahaja merujuk kepada pelepasan daripada kenderaan, malah merangkumi pelepasan industri melalui cerobong yang perlu dikawal sebelum dilepaskan ke atmosfera. Selain itu, perbincangan turut menyentuh aspek perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan berkaitan kawalan pelepasan kenderaan serta industri, di samping peranan Bahagian Udara JAS dalam pemantauan kualiti udara, penguatkuasaan dan pengurusan inventori gas rumah kaca. Isu semasa seperti peningkatan jumlah kenderaan bermotor, fenomena cuaca panas dan jerebu akibat perubahan iklim juga dibincangkan sebagai antara faktor yang mempengaruhi tahap kualiti udara. Di samping itu, cabaran dalam penguatkuasaan seperti kos teknologi kawalan pencemaran udara, kekurangan kepakaran serta tahap kesedaran masyarakat dan industri turut diketengahkan. Sehubungan itu, orang awam diseru untuk memainkan peranan dengan tidak melakukan pembakaran terbuka, memastikan penyelenggaraan kenderaan yang baik serta melaporkan sebarang aktiviti pencemaran kepada pihak berkuasa. Secara keseluruhannya, penganjuran podcast ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kualiti udara serta menggalakkan kerjasama semua pihak dalam memastikan alam sekitar yang bersih, sihat dan lestari untuk generasi akan datang.

Penganjur
Seksyen Audit Penguatkuasaan dan Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah
Lokasi
Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar, Aras 1, JAS Putrajaya
Fail / Media (6)
  • 20261405115141238.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405115152102.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405115202968.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405115210902.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405115219753.jpeg .jpeg Buka
  • 20261405115227131.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS