PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

Podcast Siri 2: "E-Waste: Ancaman Senyap di Rumah"

- 15/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Podcast Siri 2: "E-Waste: Ancaman Senyap di Rumah"
Tahun
2026
Organisasi
Seksyen Audit Penguatkuasaan dan Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah
Lokasi
Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar, Aras 1, JAS Putrajaya

Penerangan

Pada 10 April 2026, satu siri podcast telah diadakan sempena Sambutan Hari Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Tahun 2026 bertajuk Siri 2: “E-Waste: Ancaman Senyap Di Rumah”. Podcast ini menampilkan barisan panel dan moderator daripada Bahagian Bahan Berbahaya, iaitu Puan Thahirah binti Kamarulzaman sebagai panel pertama, Pn. Nur Syuhaida binti Mohd Shamsudin sebagai panel kedua, dan Dr. Ezahtulsyahreen binti Ab Rahman sebagai moderator. Perbincangan dalam siri ini memberi penekanan kepada objektif utama iaitu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari rumah. Antara perkara yang dibincangkan termasuk definisi household e-waste, iaitu barangan elektrik atau elektronik yang telah rosak atau tidak lagi digunakan. Panel turut menjelaskan bahaya tersembunyi e-waste yang tidak boleh dibuang bersama sampah domestik biasa, khususnya risiko pencemaran logam berat yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai saluran pelupusan yang betul, termasuk senarai pusat pengumpulan atau premis yang dilesenkan oleh JAS bagi memastikan e-waste diuruskan secara sah dan selamat. Isu cabaran dalam mendidik masyarakat juga diketengahkan, termasuk tahap kesedaran awam yang masih rendah serta kekangan dalam aspek penguatkuasaan. Sehubungan itu, masyarakat diseru agar lebih bertanggungjawab dalam menguruskan e-waste, selaras dengan usaha meningkatkan kelestarian alam sekitar.