PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

Podcast Siri 1: Sambutan Hari Penguatkuasa JAS Tahun 2026

- 15/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Podcast Siri 1: Sambutan Hari Penguatkuasa JAS Tahun 2026
Tahun
2026
Organisasi
Seksyen Audit Penguatkuasaan dan Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah
Lokasi
Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar, Aras 1, JAS Putrajaya

Penerangan

Pada 3 April 2026, satu siri podcast telah diadakan sempena Sambutan Hari Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Tahun 2026 bertajuk Siri 1: Sambutan Hari Penguatkuasa JAS Tahun 2026. Podcast ini melibatkan barisan panel dan moderator daripada Bahagian Penguatkuasa, iaitu Tuan Haji Rosli bin Zul sebagai panel pertama, En. Ahmad Saifful bin Salihin sebagai panel kedua, dan Ir. Zulaikha binti Mokhtar sebagai moderator. Perbincangan dalam siri ini memberi penekanan kepada pengenalan Hari Penguatkuasa JAS, termasuk sejarah ringkas pemilihan tarikh 15 April sebagai hari sambutan rasmi. Selain itu, podcast ini turut berkongsi pelbagai aktiviti utama yang dirancang sempena sambutan tersebut. Antaranya adalah Ops Gerak Kenderaan Motor Kebangsaan dan Penguatkuasaan Refrigeran, Ops Gempur peringkat kebangsaan, pertandingan fotografi berpakaian uniform, pertandingan mencipta tema, slogan dan poster Hari Penguatkuasa JAS, pertandingan mencipta ikrar penguatkuasa JAS serta Seminar AKAS 1974 bertemakan “Paradigma AKAS 1974: Satu Suara, Satu Misi, Alam Lestari”. Siri podcast ini juga adalah merupakan salah satu daripada aktiviti yang telah dirancang sempena Hari Penguatkuasa JAS 2026. Secara keseluruhannya, penganjuran podcast ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan dan tanggungjawab penguatkuasa JAS, di samping memperkukuh imej serta profesionalisme jabatan dalam memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar di Malaysia.