Penerangan
14 Mei 2026, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam pameran interaktif dan penyampaian ceramah bertajuk Memperkukuh Tadbir Urus Alam Sekitar: Pendekatan Bersepadu Menangani Pembakaran Terbuka yang disampaikan oleh Ts. Mohd Azry Hanif bin Kamar, Pegawai Kawalan Kanan, JAS Negeri Melaka. Program telah diadakan pada 13 Mei 2026 bertempat di Petronas Lubricant International Sdn Bhd.
Ceramah yang disampaikan berkaitan kesedaran dan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 disamping dapat meningkatkan kesedaran pengunjung berkaitan kepentingan pemeliharaan dan pematuhan alam sekitar.
Selain itu, kaunter pendaftaran rakan alam sekitar (RAS) juga dibuka untuk pengunjung.
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#JAS
#JabatanAlamSekitar