PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan ยท Program Pengawasan

PROGRAM TEST ACCEPTANCE CRITERIA (TAC) BAGI PENGGANTIAN PERALATAN KOMPONEN SUNGAI DI BAWAH PROGRAM ARP EQMP DITERUSKAN

JAS MELAKA 15/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM TEST ACCEPTANCE CRITERIA (TAC) BAGI PENGGANTIAN PERALATAN KOMPONEN SUNGAI DI BAWAH PROGRAM ARP EQMP DITERUSKAN
Tahun
2026
Organisasi
JAS
Lokasi
MELAKA

Penerangan

KESANG, 29 April 2026 - Kerja-kerja Test Acceptance Criteria (TAC) bagi penggantian peralatan komponen pemantauan air sungai sedia ada kepada peralatan baharu diteruskan dan dilaksanakan hari ini di Stesen Pengawasan Automatik Sungai Kesang di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Programme, EQMP). Seperti di lokasi sebelum ini, penggantian ini melibatkan penggunaan peralatan cerapan Multiparameter Sonde YSI EXO2 dan GEOLUX RSS-2-300WL yang berupaya meningkatkan kecekapan serta ketepatan pemantauan kualiti air sungai secara berterusan. Pelaksanaan kerja pada hari kedua ini terus mendapat kerjasama erat antara Seksyen Kawal Selia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara, Seksyen Perlindungan Air Sungai, Bahagian Air dan Marin, serta Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Usaha berterusan ini adalah bukti dedikasi JAS untuk sentiasa memperkasa keupayaan pemantauan sungai kita. #JASMelaka #EQMP #jabatanalamsekitar #SungaiKesang