Penerangan
DURIAN TUNGGAL, 28 April 2026 - Kerja-kerja Test Acceptance Criteria (TAC) bagi penggantian peralatan komponen pemantauan air sungai sedia ada kepada peralatan baharu telah dilaksanakan di Stesen Pengawasan Automatik Sungai Melaka, Durian Tunggal di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Programme, EQMP).
Penggantian ini melibatkan penggunaan peralatan cerapan Multiparameter Sonde YSI EXO2 dan GEOLUX RSS-2-300WL yang berupaya meningkatkan kecekapan serta ketepatan pemantauan kualiti air sungai secara berterusan.
Pelaksanaan kerja ini adalah hasil kerjasama antara Seksyen Kawal Selia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara, Seksyen Perlindungan Air Sungai, Bahagian Air dan Marin, serta Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan dalam memperkukuh sistem pemantauan alam sekitar demi memastikan kelestarian sumber air dan kesejahteraan masyarakat.
#JASMelaka
#EQMP
#jabatanalamsekitar