PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

11 Mei 2026 | Rimba Panjang, Sungai Siput

JAS PERAK 15/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
11 Mei 2026 | Rimba Panjang, Sungai Siput
Tahun
2026
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
SUNGAI SIPUT

Penerangan

Satu pemeriksaan dan lawatan tapak telah dijalankan susulan aduan berkaitan dakwaan pencemaran udara yang dipercayai menyebabkan kerosakan tanaman di kawasan kebun berhampiran Rimba Panjang, Sungai Siput. Aduan tersebut mendakwa pencemaran udara berkemungkinan berpunca daripada aktiviti di kawasan perindustrian Rimba Panjang yang terletak kira-kira 75 meter dari kawasan kebun terlibat. Kawasan zon penampan di antara kebun dan kawasan perindustrian tersebut merupakan landasan kereta api berkembar. Pemeriksaan lapangan telah dihadiri oleh EXCO Alam Sekitar Negeri Perak, Tuan Teh Kok Lim, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak, Dato' Dr. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh, wakil pekebun serta pegawai JAS Perak. Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan kawasan terlibat, mendapatkan maklumat awal berkaitan aduan serta mengenal pasti punca yang berpotensi menyumbang kepada isu pencemaran yang dibangkitkan. Pemerhatian dan penilaian lanjut akan dijalankan bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil selaras dengan peruntukan perundangan alam sekitar yang berkuat kuasa.