Penerangan
5 MEI 2026, KUALA LUMPUR - Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan aktiviti persampelan air di lembangan Sungai Air Busuk susulan penerimaan Notifikasi NPE Tahap 2 EQMP.
Penilaian awal kualiti air dilakukan secara in-situ menggunakan peralatan YSI Pro DSS Multiparameter Sonde, manakala tiga (3) sampel air telah diambil dan dikemukakan ke Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya untuk analisis lanjut.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPKL
#alamsekitartanggungjawabbersama