Oleh holly · 11/05/2026 · 0 paparan
7 Mei 2026, Semporna – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah melaksanakan pemeriksaan pematuhan di premis yang ditetapkan (PYDT) melibatkan kilang kelapa sawit (KKS) di daerah Semporna sebagai sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berkala jabatan. Sepanjang operasi pemeriksaan, pegawai penguat kuasa JAS telah meneliti aspek pengurusan buangan terjadual, sistem kawalan pencemaran udara, pengendalian efluen, penyelenggaraan peralatan kawalan pencemaran serta semakan rekod dan dokumentasi berkaitan yang diwajibkan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. Selain itu, pengambilan sampel efluen di takat pelepasan akhir turut dilaksanakan untuk tujuan analisis makmal bagi memastikan pelepasan efluen mematuhi had parameter yang telah ditetapkan di bawah syarat lesen. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah akan terus memperkukuh usaha penguatkuasaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan premis industri sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_mei2026 #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup