Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974 KE ATAS PREMIS UANG DITETAPKAN KE ATAS YANG DITETAPKAN (PYDT) MELIBATKAN KILANG KELAPA SAWIT (KKS) DI DAERAH KALABAKAN

Oleh holly · 11/05/2026 · 1 paparan

6 Mei 2026, Kalabakan – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah menjalankan pemeriksaan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 ke atas premis yang ditetapkan (PYDT) melibatkan kilang kelapa sawit (KKS) di daerah Kalabakan sebagai sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berterusan Jabatan. Sepanjang pemeriksaan dijalankan, pegawai JAS telah menilai tahap pematuhan terhadap syarat-syarat lesen PYDT KKS termasuk pengurusan buangan terjadual serta pematuhan dokumentasi dan rekod yang diwajibkan di bawah peraturan berkaitan. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan setiap premis beroperasi selaras dengan keperluan undang-undang di bawah AKAS 1974 serta tidak menjejaskan kualiti alam sekitar dan kesejahteraan komuniti setempat. Jabatan Alam Sekitar akan terus memperkukuh pelaksanaan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar sentiasa dipatuhi demi menjamin kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat. #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_mei2026 #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau
Lokasi
Kalabakan, Tawau
Fail / Media (7)
  • 20261105134949354.png .png Buka
  • 20261105134957026.png .png Buka
  • 20261105135005167.png .png Buka
  • 20261105135014902.png .png Buka
  • 20261105135022367.png .png Buka
  • 20261105135030209.png .png Buka
  • 20261105135039088.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS