Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN COMMAND & CONTROL (CAC) DI PREMIS PEMPROSESAN KAYU LAPIS

Oleh holly · 11/05/2026 · 0 paparan

5 Mei 2026, Tawau – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah melaksanakan pemeriksaan Command & Control (CAC) di sebuah premis pemprosesan kayu lapis di daerah Tawau. Pemeriksaan dijalankan bagi menilai tahap pematuhan premis terhadap keperluan perundangan alam sekitar, terutamanya berkaitan kawalan pencemaran udara daripada habuk kayu serta pengendalian sisa buangan. Turut diberi perhatian adalah keadaan operasi sistem kawalan pencemaran, amalan pengurusan sisa dan tahap penyelenggaraan peralatan operasi yang berkaitan. Dalam masa yang sama, pihak premis telah dinasihatkan agar sentiasa mempertingkatkan amalan pengurusan alam sekitar serta memastikan semua aktiviti kilang dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan. JAS akan terus menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan aktiviti industri kekal terkawal dan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jassabah_mei2026

Penganjur
Tawau
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau
Fail / Media (7)
  • 20261105134228221.png .png Buka
  • 20261105134236009.png .png Buka
  • 20261105134244114.png .png Buka
  • 20261105134252227.png .png Buka
  • 20261105134300579.png .png Buka
  • 20261105134308731.png .png Buka
  • 20261105134315251.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS