Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) KILANG KELAPA SAWIT (KKS) BERSAMA LEMBAGA KELAPA SAWIT MALAYSIA (MPOB)

Oleh holly · 11/05/2026 · 0 paparan

05 Mei 2026, Tongod, Sabah – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah, Cawangan Sandakan telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) bagi menyiasat aduan pencemaran sungai yang diterima daripada orang awam di beberapa kawasan sekitar daerah Tongod. Fokus utama Operasi Bersepadu ini adalah untuk menilai tahap pematuhan operasi Premis Yang Ditetapkan (PYDT) bagi Kilang Kelapa Sawit (KKS) serta syarat-syarat lesen di bawah Seksyen 16, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Operasi Bersepadu seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berkala dengan kerjasama MPOB serta agensi berkaitan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, seterusnya menjamin kelestarian alam sekitar. Orang awam disaran untuk terus menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang kejadian pencemaran di kawasan masing-masing. Orang awam juga digalakkan untuk menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui saluran berikut: Talian bebas tol: 1-800-88-2727 E-mel: [email protected] Portal aduan: https://eaduan.doe.gov.my #NRES #JabatanAlamSekitar #JASSabah_Mei2026 #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah
Lokasi
Tongod, Sabah
Fail / Media (5)
  • 20261105133825948.png .png Buka
  • 20261105133832310.png .png Buka
  • 20261105133839297.png .png Buka
  • 20261105133847045.png .png Buka
  • 20261105133852768.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS