Oleh holly · 11/05/2026 · 0 paparan
Tarikh: 07 Mei 2026 (Khamis) Masa: 09.00 am - 01.30 pm Tempat: Dewan Canselor, UMS Anjuran : Universiti Malaysia Sabah Kehadiran: Wakil Jabatan/Agensi Persekutuan & Negeri, pensyarah UMS dan pelajar UMS. Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp Ringkasan Majlis: Forum dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor - Naib Canselor UMS Tujuan majlis adalah merasmikan program Brain of Borneo Global Thought Leadership Series UMS yang berperanan sebagai platform strategik memperkukuhkan jenama UMS sebagai identiti intelektual di peringkat nasional dan antarabangsa. Program ini juga diharap dapat menonjolkan UMS sebagai sebuah institusi yg komited dalam mengangkat wacana ilmu, pemikiran strategik dan penyelesaian inovatif terhadap pelbagai isu semasa serta cabaran masa hadapan. Majlis diselitkan juga syarahan perdana yg disampaikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Bin Ujang dengan tajuk Climate Action for Water Sustainability berdasarkan buku yg telah ditulis beliau sendiri. Sedikit kupasan mengenai buku ini, beliau mengetengahkan model yg menekankan pentingnya cultural transformation, behavioural changes individu, masyarakat terhadap pentingnya kebersihan & penjagaan alam sekitar sebelum tindakan bersifat structure/fizikal dalam menangani/memperbaiki kemusnahan alam sekitar yg telah berlaku. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. UNIT EIA & IP
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup