Oleh holly · 11/05/2026 · 0 paparan
Tarikh: 06 Mei 2026 (Rabu) Masa: 08.00 am - 05.00 pm Tempat: Hyatt Regency Hotel. Anjuran : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Kehadiran: Wakil Jabatan/Agensi Persekutuan & Negeri, persatuan, NGO, pesara hakim, golongan akademik, bekas ADUN dan lain-lain. Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp Sedikit Ringkasan Forum: Forum dirasmikan oleh YBhg. Dato Sri Mohd. Hishamudin B. Md Yunus - Pengerusi SUHAKAM Malaysia. SUHAKAM ditubuhkan di Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597) tujuan mempromosi dan melindungi hak asasi semua orang dalam Negara. Forum pada kali ini khususnya bertujuan untuk memperjuangkan naratif hak orang asal selaras dengan United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP). Deklarasi UNDRIP diluluskan & disokong oleh Negara PBB termasuk Malaysia pada 13 September 2007, antaranya terkandung hak utama - Hak kewarganegaraan, Hak akses kpd perkhidmatan sosial & kesihatan, Hak pendidikan, Hak bebas dari sebarang bentuk diskriminasi, Hak kpd tanah & sumber tradisional, Hak mengamalkan tradisi budaya dan adat resam, Hak kpd nyawa, kebebasan dan keselamatan dan Hak terhadap prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT). Daripada pemerhatian, salah satu kaitan dengan keperluan alam sekitar yg disentuh dalam forum adalah Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu Hak untuk hidup. Hak untuk hidup dengan udara bersih yang dikuatkuasakan di bawah AKAS 1974, PPKAS (Udara Bersih), 2014. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. UNIT EIA & IP
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup