Koleksi Gambar / Aktiviti,Mesyuarat

"MESYUARAT KAJIAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN RANGKAIAN JALUR LUAR BANDAR (RNDP) SABAH 2035”

Oleh holly · 11/05/2026 · 0 paparan

Tarikh: 05 Mei 2026 (Selasa) Masa: 09.00 am - 05.00 pm Tempat: RAIA Hotel Anjuran : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Malaysia Kehadiran: Wakil Jabatan/Agensi Persekutuan & PBT dan juruperunding Atur Trafik S/B, Chemsain. Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp Ringkasan Mesyuarat: Mesyuarat kajian dirasmikan oleh Ir. Shahrizan B. Nazri - Jurutera Awam Kanan, Bhg Teknikal KKDW. Beliau maklum kajian ini akan diteruskan lagi di seluruh Daerah Sabah sehingga tamat kajian pada 29/03/2027. Master plan kajian RNDP ini dimaklumkan akan dimasukkan ke dalam senarai Rancangan Malaysia (RMK). Pembentangan kemudian dibuat oleh juruperunding dilantik Perunding Atur Trafik S/B mengenai overview project dan cadangan jalan-jalan yang akan dibina atau dinaiktaraf. Pada sebelah petang peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Wakil JAS ditempatkan di kumpulan 8 iaitu membuat semakan cadangan jalan bagi kawasan Daerah Kota Marudu. Keutamaan cadangan jalan adalah bagi menghubungkan kawasan perkampungan, kemudahan seperti sekolah, klinik, rumah ibadat, tarikan pelancong (tourism) dan sosio ekonomi penduduk. Kajian juga mengambilkira cadangan jalan agar tidak mengganggu kawasan sensitif seperti hutan simpan (restricted area). Wakil JAS memberi input - kawasan Kota Marudu sebahagian besarnya adalah kawasan pertanian. (ladang sawit, tanaman padi & buah-buahan). Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kawasan tadahan air bagi tujuan pengairan. (eg. Tandek & Bongon Water Catchment Area). Terdapat juga loji rawatan air di Sg. Bandau yg perlu diberi perhatian. Hasil perbincangan kemudian dibentangkan oleh setiap kumpulan di penghujung sesi FGD. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. UNIT EIA & IP

Penganjur
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Malaysia
Lokasi
RAIA Hotel
Fail / Media (3)
  • 20261105085051565.jpeg .jpeg Buka
  • 20261105085058838.jpeg .jpeg Buka
  • 20261105085107213.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS