Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN COMMAND & CONTROL (CAC) DI PREMIS PENYEMBELIHAN AYAM

Oleh holly · 11/05/2026 · 0 paparan

5 Mei 2026, Tawau – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah menjalankan pemeriksaan Command & Control (CAC) di sebuah premis penyembelihan ayam di daerah Tawau. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan premis mematuhi keperluan di bawah perundangan alam sekitar, khususnya berkaitan pengurusan efluen industri, sistem kawalan pencemaran serta pengendalian sisa buangan. Pemerhatian turut memberi tumpuan kepada tahap kebersihan premis, penyelenggaraan sistem rawatan efluen serta pematuhan kepada syarat-syarat lesen yang ditetapkan. Selain itu, pihak premis juga diingatkan supaya sentiasa memastikan operasi penyembelihan dan pengurusan sisa dijalankan secara sistematik dan berkesan bagi mengelakkan sebarang pencemaran kepada persekitaran. JAS akan terus melaksanakan pemantauan secara berkala bagi memastikan aktiviti industri dijalankan secara bertanggungjawab dan tidak menjejaskan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jassabah_mei2026

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau
Lokasi
Daerah Tawau
Fail / Media (6)
  • 20260805170737587.png .png Buka
  • 20260805170748077.png .png Buka
  • 20260805170802702.png .png Buka
  • 20260805170818215.png .png Buka
  • 20260805170834726.png .png Buka
  • 20260805170846994.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS