Oleh holly · 11/05/2026 · 1 paparan
5 Mei 2026, Kunak – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah menjalankan pemeriksaan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 ke atas premis yang ditetapkan (PYDT) melibatkan kilang kelapa sawit (KKS) di daerah Kunak sebagai sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan berterusan Jabatan. Sepanjang pemeriksaan dijalankan, pegawai JAS telah menilai tahap pematuhan terhadap syarat-syarat lesen PYDT KKS termasuk pengurusan buangan terjadual, kawalan pelepasan efluen, penyelenggaraan sistem kawalan pencemaran serta pematuhan dokumentasi dan rekod yang diwajibkan di bawah peraturan berkaitan. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan setiap premis beroperasi selaras dengan keperluan undang-undang di bawah AKAS 1974 serta tidak menjejaskan kualiti alam sekitar dan kesejahteraan komuniti setempat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah akan terus komited dalam melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan tahap pematuhan alam sekitar sentiasa berada pada tahap yang memuaskan, selaras dengan usaha pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan. #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_mei2026 #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup