PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI VERIFIKASI PUNCA PENCEMARAN DAN PENGUMPULAN DATA PREMIS KLINIK BAGI PENDAFTARAN SISTEM eKAS SERTA eSWIS

JAS WP KUALA LUMPUR 11/05/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI VERIFIKASI PUNCA PENCEMARAN DAN PENGUMPULAN DATA PREMIS KLINIK BAGI PENDAFTARAN SISTEM eKAS SERTA eSWIS
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

5 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan operasi pemeriksaan lapangan ke atas beberapa premis klinik di sekitar ibu kota. Pemeriksaan ini memfokuskan kepada verifikasi teknikal punca pencemaran serta pengauditan status pendaftaran premis di dalam sistem eKAS dan eSWIS. Langkah proaktif ini dilaksanakan bagi memastikan setiap premis mematuhi sepenuhnya prosedur pelaporan inventori pengurusan buangan terjadual (sisa klinikal) secara digital, selaras dengan perundangan alam sekitar yang sedang berkuat kuasa. Sehubungan itu, semua pihak pengurusan premis ditegaskan agar sentiasa mematuhi setiap peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Pihak Jabatan amat menitikberatkan tahap pematuhan dan amalan pengurusan sisa klinikal yang bersistematik oleh setiap pengendali premis kesihatan bagi membendung sebarang risiko pencemaran yang boleh menjejaskan kelestarian alam sekitar serta kesihatan awam. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama