PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN EIA BAGI PROJEK "PROPOSED RESIDENTIAL AND COMMERCIAL REDEVELOPMENT IN KG.KERINCHI AND PANTAI DALAM" OLEH AMONA DEVELOPMENT

JAS WP KUALA LUMPUR 11/05/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN EIA BAGI PROJEK "PROPOSED RESIDENTIAL AND COMMERCIAL REDEVELOPMENT IN KG.KERINCHI AND PANTAI DALAM" OLEH AMONA DEVELOPMENT
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

5 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan lapangan susulan bagi memantau tahap pematuhan terhadap Syarat-Syarat Kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di tapak projek "Proposed Residential And Commercial Redevelopment In Kg.Kerinchi And Pantai Dalam" oleh Amona Development. Penguatkuasaan ini dilaksanakan bagi menjamin setiap fasa pembangunan di tapak projek tersebut dijalankan secara teratur dan mematuhi sepenuhnya piawaian alam sekitar yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, pihak penggerak projek berserta kontraktor ditegaskan agar sentiasa menggalas tanggungjawab sepenuhnya dan mematuhi setiap peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Integriti yang tinggi dalam aspek pematuhan undang-undang adalah prasyarat utama bagi meminimumkan impak negatif terhadap ekosistem sensitif di sekitar kawasan pembinaan, di samping memelihara kesejahteraan komuniti setempat secara holistik. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama