Oleh carolhumairah · 11/05/2026 · 2 paparan
5 MEI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menyantuni jemputan daripada pihak Ekovest Berhad bagi menjayakan satu sesi perkongsian kesedaran alam sekitar. Dalam sesi tersebut, JAS WPKL yang diwakili oleh Puan Effa Nadia binti Mohd Nasir telah menyampaikan taklimat khusus berkaitan pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara selamat di malaysia. Selain itu, kempen pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) turut diadakan. Inisiatif proaktif ini dirangka bagi mendidik warga kerja Ekovest Berhad dan warga industri mengenai tatacara pelupusan e-waste yang selamat, di samping memperkasakan peranan keahlian RAS dalam mendukung kelestarian alam sekitar. Penglibatan berterusan JAS WPKL dalam inisiatif seumpama ini bukan sahaja bertujuan memupuk tahap kesedaran alam sekitar, malah bertindak sebagai pemangkin kepada jalinan kolaborasi strategik bersama sektor korporat. Sinergi bersepadu ini amat penting bagi menjamin kelestarian komuniti serta mewujudkan persekitaran ruang kerja yang lebih kondusif, bersih, dan selamat secara holistik. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup