PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN EIA BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN 1 UNIT BANGLO DI BUKIT DAMANSARA

JAS WP KUALA LUMPUR 11/05/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN EIA BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN 1 UNIT BANGLO DI BUKIT DAMANSARA
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Bukit Damansara

Penerangan

28 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan lapangan bagi memantau penguatkuasaan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di tapak projek Cadangan Pembangunan 1 Unit Banglo bertempat di Bukit Damansara. Pemeriksaan komprehensif ini dilaksanakan bagi memastikan pihak penggerak projek mematuhi sepenuhnya setiap Syarat-Syarat Kelulusan EIA serta garis panduan alam sekitar yang telah ditetapkan. Pemantauan ini adalah kritikal bagi mengawal risiko hakisan dan kelodak di kawasan cerun, selain mencegah sebarang insiden pencemaran yang boleh menjejaskan persekitaran. Sehubungan itu, pihak penggerak projek serta kontraktor ditegaskan agar sentiasa menggalas tanggungjawab sepenuhnya dan mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Integriti yang tinggi dalam pematuhan undang-undang amat penting bagi meminimumkan impak negatif terhadap ekosistem sekitar serta menjamin kesejahteraan komuniti setempat. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama