Penerangan
Mesyuarat ini merupakan susulan Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Audit di bawah Seksyen 33A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang diadakan pada 27–29 Oktober 2025 di Institusi Alam Sekitar Malaysia (EiMAS). Mesyuarat bertujuan menyelaraskan pelaksanaan audit di Jabatan Alam Sekitar (JAS) berikutan kekangan dalam mengumpul input daripada pelbagai bahagian yang mempunyai elemen audit berbeza. Cadangan untuk menubuhkan unit task force atau seksyen audit khas yang akan merancang, memantau, dan mengumpul dapatan audit secara berpusat untuk analisis dan tindakan penambahbaikan. Bagi mendapatkan keberkesanan audit, audit kini beralih daripada sekadar menyemak prosedur kepada menilai keberkesanan tindakan penguatkuasaan dan membudayakan cara kerja yang betul bagi mengelakkan kekalahan dalam kes mahkamah disebabkan isu teknikal.