Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah melaksanakan aktiviti pengawasan di Tasik Chini bagi memantau status kualiti air serta memastikan kelestarian ekosistem tasik terus terpelihara.
Pengawasan ini merangkumi pemeriksaan lapangan, pensampelan kualiti air serta pemantauan terhadap sebarang aktiviti yang berpotensi memberi kesan kepada alam sekitar di kawasan sekitar tasik. Usaha ini penting dalam memastikan keseimbangan biodiversiti serta melindungi khazanah semula jadi negeri daripada sebarang bentuk pencemaran.
JAS Pahang komited untuk terus mempergiat pemantauan secara berterusan sebagai langkah proaktif dalam memelihara keindahan dan kelestarian Tasik Chini untuk generasi akan datang.