PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran

PENYERTAAN JAS KEDAH DALAM SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026

JAS KEDAH 30/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENYERTAAN JAS KEDAH DALAM SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026
Tahun
2026
Lokasi
Dataran Chenang, Langkawi

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Dataran Chenang, Langkawi . JAS Kedah telah mengambil bahagian dalam reruai pameran dan aktiviti kayuhan basikal bertemakan LSANK Ride & Discover Langkawi sejauh 8.5 kilometer melibatkan jabatan/agensi dan penduduk setempat. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor bersama barisan pengurusan tertinggi kerajaan Negeri Kedah. Tema sambutan tahun ini adalah ‘Water and Gender' selaras dengan agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengurangkan jurang jantina dalam pengurusan air global dengan fokus kepada penyertaan lelaki dan wanita di komuniti luar bandar. JAS juga membuka pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) kepada orang awam dalam usaha mempergiatkan lagi pembudayaan kelestarian alam sekitar. JAS Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan menghargai usaha semua pihak dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terutama dalam pengurusan air di Negeri Kedah.