PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROSES PENILAIAN SLASS NEGERI PAHANG 2026 DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PAHANG

JAS PAHANG 11/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROSES PENILAIAN SLASS NEGERI PAHANG 2026 DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PAHANG
Tahun
2026
Organisasi
JAS NEGERI PAHANG
Lokasi
PROSES PENILAIAN SLASS NEGERI PAHANG 2026 DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PAHANG

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah melaksanakan Proses Penilaian Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sebagai usaha berterusan dalam memperkasa amalan kelestarian alam sekitar di institusi pendidikan. Penilaian ini diteruskan melalui lawatan ke sekolah-sekolah yang terlibat, bagi menilai secara menyeluruh tahap pelaksanaan inisiatif hijau di peringkat sekolah. Antara fokus utama penilaian termasuk pengurusan sisa yang mampan, kecekapan penggunaan sumber, pelaksanaan inovasi hijau serta penglibatan aktif warga sekolah dalam membudayakan amalan cintakan alam sekitar. Penilaian ini bukan sekadar pengiktirafan, malah berperanan sebagai penanda aras keberkesanan pelaksanaan amalan lestari, merangkumi usaha penjimatan sumber, pengurusan sisa yang sistematik serta pembentukan nilai dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan dalam melahirkan institusi pendidikan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah menjadi peneraju dalam memacu kelestarian alam sekitar. Bersama kita membudayakan kelestarian demi masa depan yang lebih hijau dan sejahtera.