PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM RAKAN BUMI: PROJEK PLANET RAKAN MUDA PAHANG 2026

JAS PAHANG 11/05/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM RAKAN BUMI: PROJEK PLANET RAKAN MUDA PAHANG 2026
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang
Lokasi
CHERATING

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menghadiri Majlis Perasmian Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Pahang 2026 yang berlangsung di Pusat Informasi Fireflies Cherating. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuantan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman golongan belia terhadap isu alam sekitar, perubahan iklim serta kepentingan kelestarian bumi. Inisiatif ini turut menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti pemeliharaan alam sekitar secara sukarela dan berstruktur, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan. Penglibatan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda sebagai pewaris masa depan negara.