Koleksi Gambar / Program Kesedaran

LATIHAN SIMULASI KECEMASAN EX-INDERA KUANTAN 2026

Oleh nuraida.musa · 11/05/2026 · 0 paparan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang (JAS Pahang) terus memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi insiden kecemasan melalui penyertaan dalam Latihan Simulasi Field Training Exercise (FTX) melibatkan senario letupan paip gas anjuran PETRONAS Gas Berhad (PGB) di daerah Kuantan. Latihan yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuang Hwa, Bandar Indera Mahkota ini memberi penekanan kepada pengujian pelan tindak balas kecemasan, kecekapan operasi di lapangan serta pengukuhan koordinasi strategik antara agensi. Diketuai oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai penyelaras utama, latihan ini turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta agensi-agensi berkaitan lain. Pelaksanaan latihan ini adalah selaras dengan garis panduan NADMA dalam memastikan pengurusan bencana dilaksanakan secara bersepadu, tersusun dan berkesan. Komitmen berterusan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang (JAS Pahang) dalam latihan ini mencerminkan kesungguhan agensi dalam memastikan perlindungan alam sekitar sentiasa terpelihara, khususnya ketika berdepan situasi kecemasan berisiko tinggi.

Penganjur
PETRONAS Gas Berhad (PGB)
Lokasi
KUANTAN
Fail / Media (4)
  • 20263004205031481.jpg .jpg Buka
  • 20263004205050793.jpg .jpg Buka
  • 20263004205106153.jpg .jpg Buka
  • 20263004205120668.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS