Koleksi Gambar / Program Pengawasan

OPERASI PEMANTAUAN KUALITI UDARA DI JERANTUT

Oleh nuraida.musa · 11/05/2026 · 0 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah melaksanakan operasi pemantauan kualiti udara susulan aduan pencemaran udara dan bau yang dikaitkan dengan sebuah kuari di sekitar Kg Bahru, Jerantut. Pemantauan dijalankan menggunakan peralatan khusus iaitu Portable Multigas Analyzer (CEREX) dan GRIMM Air Quality Monitor di lokasi berhampiran kawasan penempatan penduduk dan tapak kuari. Pengawasan ini dilakukan secara berterusan selama 24 jam bagi menilai tahap kualiti udara serta mengenal pasti sebarang pelepasan yang berpotensi menjejaskan kesihatan awam. Selain itu, tinjauan lapangan turut dilaksanakan bagi memantau aktiviti operasi kuari dan menilai kemungkinan punca kepada aduan yang diterima. Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan berkaitan bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar dan kesihatan masyarakat terpelihara.

Penganjur
JAS PAHANG
Lokasi
JERANTUT
Fail / Media (3)
  • 20263004204528121.jpg .jpg Buka
  • 20263004204543262.jpg .jpg Buka
  • 20263004204557028.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS