Oleh maizah · 30/04/2026 · 0 paparan
29 April 2026, Tanjung Malim| Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dijemput sebagai salah satu pempamer bersama-sama agensi yang lain iaitu CENVIRO Sdn Bhd, JKKP Perak, Ibu Pejabat Polis, SPRM, Pejabat Kesihatan dan Kelab Antirasuah UPSI dalam Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris 2026. Program ini bertujuan memperkukuhkan budaya kerja selamat serta meningkatkan kesedaran kelestarian alam sekitar dikalangan warga kampus. JAS telah membuat hebahan dan kesedaran pameran berkaitan "Apa Itu E-Waste! dan Kesedaran Pembakaran Terbuka. Program pendidikan dan kesedaran pengurusan 'E-Waste' ini merupakan salah satu usaha JAS untuk memberikan kesedaran kepada institusi pendidikan agar bersama-sama memulihara alam sekitar selaras dengan slogan JAS iaitu “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”. ??E-Waste dikitar, Bumi Terpelihara #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_april2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup