Penerangan
25 April 2026, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput untuk memberikan ceramah kesedaran bertajuk Pengurusan E-Waste Isi rumah kepada masyarakat setempat sempena Sambutan Hari Bumi 2026 yang dianjurkan oleh Brahma Kumaris Foundation Ipoh. Ceramah telah disampaikan oleh En. Ts. Muhammad Muzzammil Bin Mohd Hussaimi, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Negeri Perak.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dan isu-isu semasa bagi menggalakkan amalan gaya hidup lestari. Semoga pendedahan berkaitan pengurusan barangan elektrik dan elektronik yang rosak dapat memupuk amalan kitar semula melalui saluran pelupusan yang betul.
??E-Waste dikitar, Bumi Terpelihara
Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas komitmen pihak penganjur dalam melestarikan alam sekitar di kalangan warga komuniti setempat.
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_april2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari