Penerangan
23 April,Ipoh – Satu simposium telah dilaksanakan oleh pihak TNB Janamanjung bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak untuk berkongsi ilmu mengenai teknologi pemprosesan, alat kawalan serta sistem rawatan yang digunakan dalam menjana tenaga elektrik menggunakan arang batu dalam membekalkan sebahagian tenaga elektrik kepada seluruh negara.
Simposium ini dihadiri oleh wakil dari JAS Cawangan Teluk Intan, wakil dari JAS Putrajaya dan JAS Negeri Perak bersama peserta simposium dari pihak TNB Janamanjung. Simposium ini menjadi medan perkongsian maklumat di antara JAS dan pihak TNB Janamanjung dalam membincangkan isu-isu pematuhan dan penambahbaikan serta pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan EIA yang telah diluluskan.
JAS juga dapat memperoleh pengetahuan secara terperinci berkaitan unit proses, alat kawalan yang digunakan serta kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti, pematuhan dalam melestarikan alam sekitar.
Jabatan menyambut baik simposium seperti ini supaya pihak industri turut memberikan komitmen yang berterusan dalam penjagaan alam sekitar.
Kerjasama dalam penganjuran apa-apa program alam sekitar seperti simposium ini bersama rakan stategik menunjukkan tanggung jawab bersama masyarakat terutamanya pemegang taruh yang melaksanakan tanpa mengenepikan aspek alam sekitar.
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jasperak_april2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari