Oleh nursyadah · 30/04/2026 · 1 paparan
25 April 2026, Jimah - Satu aduan telah di terima melalui applikasi whatsapp pada 25 April 2026 jam 8.15 pagi. Aduan tersebut mengenai air sungai berwarna oren dan berbuih di Site C, Jimah, Port Dickson. Semasa tiba di lokasi, pasukan ronda telah menghubungi pengadu bagi mendapatkan maklumat yang tepat mengenai aduan yang diadukan. Pasukan ronda memeriksa kawasan yang diadu dan mendapati sungai dalam keadaan baik dan tiada air berwarna oren dan berbuih seperti yang diadukan. Sampel air juga di ambil dan air dalam keadaan jernih dan ujian ph juga baik iaitu pada skala 6. Siasatan juga mendapati terdapat kerja-kerja pembersihan sungai dijalankan di kawasan berkenaan yang mungkin menyebabkan buih dan air keruh selain keadaan cuaca yang panas menyebabkan aliran air tidak mengalir dan sungai seakan-akan berwarna oren dan berbuih. Berdasarkan pemantauan kawasan sekeliling juga tiada industri dan tiada tanda-tanda pencemaran.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup