Oleh sofea · 30/04/2026 · 0 paparan
Putrajaya, 24 April 2026 (3.00 petang) – Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Pertama (1st Project Steering Committee, PSC) bagi Pelan Pelaksanaan Kigali (KIP) Peringkat 1 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan (Penanggung Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)) bersama-sama dengan Encik Ryan Ooi Chean Weai, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Penanggung Tugas Pengarah Bahagian Udara) yang telah bertindak sebagai pengerusi gantian. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kementerian Ekonomi (KE), Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Suruhanjaya Tenaga (ST) serta World Bank selaku agensi pelaksana KIP Peringkat 1 untuk Malaysia. Mesyuarat PSC KIP Peringkat 1 merupakan mesyuarat pertama tahun 2026 yang bertujuan memperkenalkan keahlian jawatankuasa, membincangkan serta memperakukan Pelan Kerja Tahunan (AWP) 2026 dan unjuran perbelanjaan bagi pelaksanaan aktiviti KIP Peringkat 1, yang dilaksanakan melalui kerjasama antara JAS, World Bank dan pihak berkepentingan lain. Jabatan Alam Sekitar akan terus komited untuk memperkukuh kapasiti negara melalui aspek perundangan, teknikal dan kerjasama strategik bagi pengurusan bahan pemusnah ozon dan bahan berpotensi pemanasan global tinggi demi kelestarian alam sekitar.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup