Koleksi Gambar / Bengkel,Kursus

PENGANJURAN 'EXECUTIVE TALK' - LANGKAWI & ITS COASTAL ENVIRONMENT’ ANJURAN BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH DAN JABATAN GEOGRAFI, FAKULTI SASTERA & SAINS SOSIAL, UNIVERSITI MALAYA

Oleh hakim.hozali · 30/04/2026 · 0 paparan

Seramai 68 orang pelajar dan dua pensyarah pengiring daripada Jabatan Geografi, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya telah didedahkan kepada peranan dan tanggungjawab agensi seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerusi penganjuran 'Executive Talk' - Langkawi & It's Coastal Environment yang berlangsung di Dewan Auditorium APM , Jalan Ayer Hangat, Langkawi. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah YBrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab. Program anjuran bersama JAS Negeri Kedah dan Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universti Malaya ini adalah merupakan program jalinan kerjasama JAS bersama institusi pengajian tinggi. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dalam aspek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar khususnya persekitaran Langkawi secara mampan dan bersepadu selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya yang berkaitan dengan pemuliharaan ekosistem marin dan pesisir pantai. Program ini juga dapat mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap hubungan antara teori akademik dan aplikasi praktikal di lapangan di samping menjadi ruang untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan dalam menyokong pembangunan Langkawi secara lestari. Program yang diadakan bersempena sambutan Hari Bumi Sedunia 2026 dilihat bertepatan dengan tema sambutan Hari Bumi pada tahun ini "Our Power, Our Planet" (Kuasa Kita, Planet Kita). Tema ini menekankan tanggungjawab kolektif dan kuasa individu dalam memacu tindakan iklim, melindungi alam sekitar daripada sisa plastik, serta mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh baharu demi masa depan yang lebih hijau. Dalam ucapan perasmian, Puan Sharifah Zakiah menekankan peranan para pelajar sebagai agen perubahan dalam memupuk kesedaran alam sekitar. Program ini juga diharap dapat menjadi platform untuk memperkasakan kebolehan pelajar sebagai generasi yang bakal menerajui negara pada masa akan datang serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti pendidikan terhadap kepentingan kelestarian alam, selari dengan aspirasi negara untuk mencapai pembangunan mampan. Puan Pengarah turut mengingatkan para pelajar supaya bersedia dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk memasuki dunia pekerjaan yang pastinya amat mencabar. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, MPLBP dan LADA atas kerjasama ini dan diharapkan jalinan strategik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Penganjur
JAS Negeri Kedah dan Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universti Malaya
Lokasi
Dewan Auditorium APM , Jalan Ayer Hangat, Langkawi
Fail / Media (8)
  • 20262904223131284.jpg .jpg Buka
  • 20262904223154842.jpg .jpg Buka
  • 20262904223158988.jpg .jpg Buka
  • 20262904223202709.jpg .jpg Buka
  • 20262904223207154.jpg .jpg Buka
  • 20262904223215205.jpg .jpg Buka
  • 20262904223223205.jpg .jpg Buka
  • 20262904223227217.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS