Koleksi Gambar / Aktiviti

DEMONSTRASI EKSESAIS SHIELD SEARCH AND RESCUE (S.A.R) TAHUN 2026

Oleh nursyadah · 29/04/2026 · 0 paparan

25 April 2026, Port Dickson - Satu Demonstrasi Eksesais Shield S.A.R Tahun 2026 telah djalankan dengan jayanya di Port Dickson Negeri Sembilan pada 25 April 2026 yang lepas. Eksesais ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan serta kecekapan operasi dalam pengurusan bencana yang berpandukan konsep Whole of Government dan Whole of Society (WOGOS). Latihan ini telah melibatkan sebanyak 30 agensi kerajaan dan swasta. JAS Negeri Sembilan turut mengambil bahagian di dalam eksesais ini bersama agensi-agensi penyelamat yang lain, di mana Jabatan Alam Sekitar turut memainkan peranan penting bagi memantau kualiti alam sekitar di lokasi bencana untuk memastikan keadaan sekeliling berada pada tahap terkawal bagi memastikan kerja-kerja operasi dijalankan dengan selamat. Latihan ini telah disaksikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan selaku Pengerusi Bencana Negeri. Turut serta ialah Ketua-Ketua Jabatan agensi kerajaan dan swaasta yang berkaitan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah diwakili oleh Tuan Pengarah, Encik Abdul Aziz bin Parmin. Eksesais ini bukan sahaja menguji keupayaan teknikal dan taktikal, malah memperkukuh kerjasama antara agensi dalam menghadapi situasi kecemasan secara bersepadu dan berkesan.

Fail / Media (4)
  • 20262904094501800.jpeg .jpeg Buka
  • 20262904094513307.jpeg .jpeg Buka
  • 20262904094525144.jpeg .jpeg Buka
  • 20262904094536449.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS