Oleh holly · 29/04/2026 · 0 paparan
Tarikh: 27 April 2026 Masa: 9:00 pagi - 10:30 pagi Tempat: Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) TUDM, Tawau, Sabah. Pengerusi: Mejar Muhammad Zamani Bin Saat. *Agensi Kerajaan & Swasta: TUDM, Wakil Lapangan Terbang Tawau, Wakil Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Wakil Bomba Airport (AFRS) dan wakil dari Petronas. *Kehadiran dari JAS Caw. Tawau*: PPK(K) Azman Bin Salamon. Agenda : Kata alu-aluan dari Pengerusi; Lawatan site survey ke lokasi cadangan penempatan stor bahan api Avtur (disimpan dalam tong drum) dan stor buangan terjadual (bekas tong drum stor bahan api Avtur terpakai). Perbincangan hasil site survey. Penutup Perkara yang ingin dimaklumkan: Site survey bertujuan untuk penstoran bahan api Avtur (disimpan dalam tong drum) dan bekas tong drum terpakai ke lokasi yang dicadangkan oleh pihak TUDM. Bekas tong drum terpakai yang terhasil akan dikategorikan sebagai buangan terjadual (SW 409) dan akan dilupuskan melalui kontraktor yang berlesen dengan JAS. Dari aspek pengurusan alam sekitar, Jabatan ini telah memberi input kepada TUDM berkenaan pengurusan buangan terjadual. Untuk kaedah penstoran buangan terjadual yang akan dihasilkan (tong drum terpakai yang dicemari minyak mineral), pihak TUDM hendaklah merujuk kepada Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan ini iaitu Garis Panduan Untuk Pembungkusan, Pelabelan dan Penyimpanan Buangan Terjadual Di Malaysia. Seterusnya pihak TUDM diperingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terutama untuk pengurusan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 yang terhasil di PBOU Tawau. Mesyuarat ditangguhkan. Sekian untuk makluman.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup