Koleksi Gambar / Aktiviti

HARI PERTAMA! - Program Pengumpulan Household E-Waste sempena sambutan Hari Bumi 2026 Anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah

Oleh holly · 29/04/2026 · 0 paparan

25 April 2026, Kota Kinabalu - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah & Legenda Bumimas dengan kerjasama DBKK & Lions Club telah berjaya melaksanakan Program Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik dari isi rumah (Household E-Waste) bertempat di perkarangan Dewan Masyarakat Damai, Kota Kinabalu Puan Nor Rashidah binti Mohd Ghazali, Pengarah JAS Negeri Sabah serta Puan Daisy Aloysius, Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah turut hadir ke program pengumpulan ini. Jumlah kutipan household ewaste yang berjaya dikumpul *pada hari pertama adalah - Mesin basuh = 13 - Televisyen = 142 - Pendingin Hawa = 11 - Peti Ais = 1 - Komputer/ Laptop = 88 - Telefon Bimbit =96 - Lain-lain = 981 dengan anggaran berat 15 tan!! Program pada hari ini juga berjaya mengumpul 901 biji bateri terpakai kenderaan!! Bagi yang tidak berkesempatan untuk menghantar household ewaste anda hari ini .... Tuan/Puan masih boleh hantar ewaste esok, 26 April 2026 (Ahad), jam 8.00am - 3.00pm di lokasi yang sama! Jumpa anda esok! #alamsekitartanggungjawabbersama #jabatanalamsekitar #jassabah_april2026

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah & Legenda Bumimas dengan kerjasama DBKK & Lions Club
Lokasi
Dewan Masyarakat Damai, Kota Kinabalu
Fail / Media (7)
  • 20262704140009962.jpeg .jpeg Buka
  • 20262704140016086.jpeg .jpeg Buka
  • 20262704140022458.jpeg .jpeg Buka
  • 20262704140031759.jpeg .jpeg Buka
  • 20262704140040769.jpeg .jpeg Buka
  • 20262704140048263.jpeg .jpeg Buka
  • 20262704140108375.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS