Penerangan
25 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan siasatan lapangan dengan kadar segera di sekitar Taman Sri Endah susulan aduan awam berkaitan insiden pembakaran terbuka. Respons proaktif ini merupakan manifestasi komitmen jitu Jabatan dalam membanteras punca pencemaran udara secara tuntas bagi memelihara kesejahteraan penduduk setempat.
Sehubungan itu, semua pihak ditegaskan agar sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). Pihak Jabatan tidak akan bertolak ansur dan bersedia mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pelaku bagi memastikan kualiti udara serta kelestarian persekitaran bandar raya sentiasa terpelihara.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama