PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PAMERAN JAS WPKL SEMPENA PROGRAM JOM BERSIH BUKIT BINTANG KE-25

JAS WP KUALA LUMPUR 29/04/2026 9 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN JAS WPKL SEMPENA PROGRAM JOM BERSIH BUKIT BINTANG KE-25
Tahun
2026
Organisasi
DBKL
Lokasi
Bukit Bintang

Penerangan

25 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menyertai Program Gotong-Royong Blueprint Kebersihan Bukit Bintang: Jom Bersih Bukit Bintang Ke-25 anjuran DBKL di Plaza Low Yat Boulevard. Reruai JAS WPKL telah memfokuskan kepada pendedahan tatacara pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang selamat, di samping membuka kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) untuk komuniti setempat. Lebih bermakna, bersempena sambutan Hari Bumi 2026, kempen interaktif "Papan Mesej untuk Bumi" turut mendapat sambutan hangat. Pengunjung berpeluang menulis dedikasi dan azam kelestarian mereka, yang bertujuan mencetuskan rasa tanggungjawab individu terhadap pemeliharaan alam sekitar. Penglibatan proaktif JAS WPKL ini merupakan komitmen berterusan Jabatan dalam memperkukuh sinergi bersama pelbagai agensi dan warga kota, demi mewujudkan persekitaran ibu kota yang lebih bersih dan lestari. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama