PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PAMERAN INTERAKTIF DAN PERKONGSIAN ILMU SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2026 BERSAMA UNIRAZAK

JAS WP KUALA LUMPUR 29/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN INTERAKTIF DAN PERKONGSIAN ILMU SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2026 BERSAMA UNIRAZAK
Tahun
2026
Organisasi
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
Lokasi
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

Penerangan

24 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menyantuni jemputan daripada Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) bagi menjayakan pameran interaktif dan sesi perkongsian ilmu bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2026. Dalam program tersebut, JAS WPKL telah membawakan pameran khusus berkaitan pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste), selain membuka kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS). Inisiatif proaktif ini dirangka bagi mendidik komuniti kampus dan orang awam mengenai kepentingan pelupusan e-waste yang selamat, di samping memperkasa peranan RAS dalam mendokong kelestarian alam sekitar. Keterlibatan JAS WPKL dalam program ini bukan sekadar untuk memupuk kesedaran dan keprihatinan masyarakat, malah bertindak sebagai pemangkin kepada kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi. Usaha sinergi ini amat penting dalam usaha kita mewujudkan persekitaran kampus dan komuniti yang lebih bersih, selamat, serta lestari. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartanggungjawabbersama