Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

Siasatan Aduan Pencemaran Sungai Disyaki Berpunca Dari Kilang Kelapa Sawit

Oleh holly · 27/04/2026 · 0 paparan

21 APRIL 2026 Tawau, Sabah - Pasukan penguatkuasa JAS Negeri Sabah (Cawangan Tawau) telah menyiasat satu aduan pencemaran sungai yang disyaki berpunca dari sebuah premis kilang kelapa sawit (KKS). Susulan itu, pasukan penguat kuasa JAS telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati keadaan air sungai ada kesan berwarna hitam disyaki bercampur efluen. Namun, pemeriksaan di premis yang disyaki tidak menunjukkan sebarang aktiviti pelepasan efluen pada waktu siasatan dijalankan. Siasatan lanjut turut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar perubahan keadaan air sungai tersebut. JAS akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta menjaga kelestarian alam sekitar. Orang awam dinasihatkan untuk terus menyalurkan maklumat sekiranya berlaku sebarang kejadian pencemaran di kawasan masing-masing. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui: Talian bebas tol: 1-800-88-2727 E-mel: [email protected] Portal aduan: https://eaduan.doe.gov.my ?#NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_april2026 #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
Pasukan penguatkuasa JAS Negeri Sabah (Cawangan Tawau)
Lokasi
Tawau
Fail / Media (8)
  • 20262404160604748.png .png Buka
  • 20262404160738638.png .png Buka
  • 20262404160745865.png .png Buka
  • 20262404160755465.png .png Buka
  • 20262404160804165.png .png Buka
  • 20262404160820334.png .png Buka
  • 20262404160831984.png .png Buka
  • 20262404160840000.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS