Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DI SABAH BIL. 1/2026 - LAPORAN AKHIR

Oleh holly · 27/04/2026 · 0 paparan

TARIKH : 10 April 2026 (Jumaat) MASA : 09.00 pagi - 12.00 tengah hari TEMPAT : Hotel No. 5, Penampang, Sabah PENGERUSI : YBrs. Puan Daisy Aloysius, Timbalan Pengarah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) ANJURAN : Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) WAKIL JAS SABAH : PP(K)Ts.(SJ) RINGKASAN MESYUARAT : Ucapan pendahuluan mesyuarat oleh YBrs. Puan Daisy Aloysius, Timbalan Pengarah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS). Selain wakil JAS, mesyuarat turut dihadiri oleh wakil DOSH, DBKK, MPT, MPS, MDLD, MDS, MDP, JKNS serta jururunding Chemsain (SB) Sdn Bhd dan Opensoft Technologies Sdn Bhd. melalui dalam talian. Pihak urusetia telah mengesahkan minit mesyuarat Bil. 2/2025 dan pembentangan laporan akhir kajian oleh jururunding Chemsain (SB) Sdn Bhd serta perbincangan telah dijalankan. JKNS memaklumkan bahawa syarikat JJSB dan Sedafiat diberi kontrak untuk pengurusan sisa klinikal di Sabah. Wakil Jabatan memaklumkan bahawa buat masa ini hanya syarikat Sedafiat dilesenkan oleh JAS sebagai PYDT BT. Puan Pengerusi meminta wakil JKNS memaklumkan JJSB untuk merujuk perkara ini kepada JAS. Jururunding memaklumkan bahawa peratus perkembangan kajian ini secara keseluruhan adalah siap sepenuhnya 100% manakala bagi sistem SaeSWIS Sabah adalah juga telah siap sepenuhnya 100%. Laporan akhir yang telah disiapkan oleh Jururunding dalam tempoh 20 bulan ini dan dimesyuaratkan oleh jawatankuasa ini akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemandu Negeri Sabah untuk pertimbangan dan ketetapan pada 16 April 2026 ini. Sekian dimaklumkan, terima kasih. Unit PYDT (Lesen KG/ KKS/ BT) 13 April 2026

Penganjur
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS)
Lokasi
Hotel No. 5, Penampang, Sabah
Fail / Media (4)
  • 20262404144155265.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404144203625.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404144213109.jpeg .jpeg Buka
  • 20262404144221328.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS